Pokok Jarak
Pokok Jarak

Pokok Jarak

Pokok Jarak atau Jarak Besar [1]ialah salah satu spesies Euphorbiaceae serta ahli yang tunggal dalam genus Ricinus dan subtribus Ricininae. Biji-bijinya ialah kacang kastor yang walau namanya, bukan kacang yang sebenar. Nama saintifiknya Ricinus communis.Kacang kastor merupakan sumber minyak jarak yang mempunyai banyak kegunaan. Biji-bijinya mengandungi antara 40 - 60% minyak yang kaya dengan trigliserida, khususnya risinolein, serta juga racun risin yang juga terdapat pada kepekatan yang rendah di seluruh bahagian pokok ini.Walaupun sifat keracunan tinggi kacang kastor disedari secara meluas, laporan-laporan tentang ketoksikan manusia dalam kepustakaan perubatan Inggeris adalah tidak banyak. Dos-dos yang boleh membawa maut dilaporkan sebagai tiga biji kacang untuk kanak-kanak dan lapan biji untuk orang dewasa. Kejadian dua kes yang baru-baru ini dapat memberikan wawasan tambahan terhadap ketoksikan yang boleh dijangka. Dalam kedua-dua kes tersebut, muntah dan cirit-birit berulang kali berlaku, dengan tingkat kreatina serum dinaikkan. Pendehidratan adalah lebih ketara dalam kes kedua. Bagaimanapun, kedua-dua pesakit dapat pulih tanpa peristiwa menarik. Manifestasi-manifestasi ketoksikan kacang kastor yang lain yang pernah dilaporkan, termasuk nekrosis hepar, kegagalan renal, hemolisis eritrosit, konvulsi, dan renjatan tidak berlaku. Sila lihat risin untuk data ketoksikan yang lebih lanjut.Biji-biji kastor telah ditemukan di makam-makam Mesir yang bertarikh sejak dari 4000 SM. Herodotus dan para pengembara Yunani telah memperhatikan kegunaan minyak jarak sebagai bahan api lampu dan minyak badan. Pengeluaran kacang kastor di seluruh dunia adalah di sekitar sejuta tan setahun. Kawasan-kawasan pengeluaran yang utama termasuk India, China, dan Brazil. Adanya juga banyak rancangan pembiakan baka yang aktif.